Blog Asyraaf

Main | Menu | Search

Saturday 10 November 2007

Mesyuarat Agung Asyraaf 2007

Jemputan Ke Mesyuarat Agung Asyraaf Pusat 2007

more

Sunday 15 April 2007

Jauhi sifat mazmumah

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Katanya, sesungguhnya aku tidak dibangkit sebagai pengutuk tetapi aku diutuskan sebagai rahmat (HR: Muslim).

Pengertian

Dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa baginda tidak diutuskan untuk mengutuk sesiapa tetapi baginda diutuskan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Sikap pengutuk itu amat tidak disukai oleh baginda. Ini kerana baginda merupakan manusia yang paling tinggi budi pekertinya. Sebab itu, baginda adalah contoh yang terbaik bagi ikutan kepada seluruh manusia.

more

Thursday 12 April 2007

Misi mencari Muhammad Nazrin

Adakah anda pernah melihat kanak-kanak ini?

Sila hubungi di talian 012-3749647(Shamsul) atau 012-5090451(Nur Amizah)

more

Monday 19 March 2007

Fitnah dari Mufti Perlis

Penghinaan dan fitnah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis) kepada golongan Alawiyyin dalam ceramahnya di Masjid Alwi, Kangar pada 26/2/2007.

Boleh lihat juga ceramah tersebut di Forum Asyraaf. Klik di sini

more

Friday 26 January 2007

Mesyuarat AJK Pusat

Adalah merujuk perkara diatas dan sukacita dimaklumkan bahwa Mesyuarat AJK ASYRAAF PUSAT kali pertama 2007 akan diadakan seperti berikut:

more

Awal Muharram

Selamat menyambut awal Muharram. Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

more

Saturday 30 December 2006

Hari raya Aidil-adha

Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1427 H kepada seluruh Ummat Islam khususnya Sadah Alawiyyin. Maaf Zahir dan Batin. Selamat menjalani ibadah korban

more

Thursday 19 October 2006

Hari Raya Aildilfitri

Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1427 H kepada seluruh Ummat Islam khususnya Sadah Alawiyyin. Maaf Zahir dan Batin

more

Sunday 24 September 2006

Ramadhan

Asyraaf mengucapkan kepada seluruh ummat islam selamat menjalani ibadah puasa. Perbanyakkan amal ibadat dan tingkatkan iman sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

more

Friday 22 September 2006

Bantahan Penghinaan Terhadap Islam

Pihak Asyraaf dengan ini melahirkan rasa kecewa dan bantahan terhadap kenyataan ketua gereja Roman Khatolik, Pope Benedict XVI berhubung kenyataannya yang menghina agama Islam dan nabi Muhammad s.a.w. Kami amat kesal kerana ucapan itu datang dari Ketua agama Kristian di Universiti Regensburg yang mempertikaikan ajaran jihad dan pegangan Muslim yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Pope Benedict ketika membuat kenyataan mengenai Islam dalam ucapannya di Universiti Regensburg, Jerman, Selasa 19 Sep 2006, membacakan petikan dari sebuah buku yang mengisahkan perbualan antara Maharaja Kristian Empayar Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang cendekiawan Parsi mengenai kebenaran agama Kristian dan Islam.

more

Gangguan kaum kafir

Laman web asyraaf.com tidak pernah sepi dari gangguaan orang-orang kafir. Banyak bahan-bahan lucah dan komen yang berbaur lucah dihantar bertujuan untuk mengganggu kita. Walau bagaimanapun, penyelenggara laman ini senantiasa memantau aktiviti di dalam asyraaf.com. Inilah risiko jika laman web Islam yang ada bukutamu, forum dan blog. Kaum kuffar dengan mudah menghantar dan mengganggu kita dengan bahan-bahan porno.

Atas alasan itulah pihak kami tidak meletakkan laman chat dan carian jodoh kerana risikonya agak tinggi. Kami akan memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Forum di naik taraf

Buat masa ini forum asyraaf tidak dapat diakses disebabkan penyelenggaraan untuk meningkatkan lagi keupayaan forum asyraaf. Tempoh masa naiktaraf forum ialah 7 hari bermula pada 22 september 2006. Ini hanyalah kerja naiktaraf (upgrade), segala data-data forum tidak hilang, pihak kami senantiasa backup data-data di asyraaf.com terutama forum sekerap yang mungkin. Terima Kasih.

Friday 28 July 2006

Bantahan

Pihak Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati diatas penderitaan penduduk awam Palestin dan Lebanon diatas kekejaman Rejim Zionis dan Israel. Pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh tentera Israel ke atas penduduk Palestin walau atas alasan apa sekalipun.

Dengan ini, sama-samalah kita bangkit melawan Rejim Zionis yang secara terang-terangan melanggar hak asasi kemanusiaan dan tidak mempedulikan suara dunia supaya menghentikan serangan mereka ke atas penduduk Palestin. Bantulah Palestin dengan apa cara sekalipun supaya sedikit sebanyak boleh meringankan beban mangsa yang cedera mahupun yang syahid.

more

Monday 17 July 2006

Pengumuman Penting

Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Syed Ahmad Bin Semait telah pulang ke Rahmatullah pada pagi, 15 Julai 2006. Beliau terbabit dalam satu kemalangan jalan raya ketika menuju ke Masjid Baitul Aman, Ampang Kuala Lumpur dari Singapura untuk menghadiri majlis bulanan Beliau. Jenazah Beliau telah selamat dikebumikan di Batu Pahat, Johor.

Beliau merupakan penterjemah banyak kitab-kitab arab karangan Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad ke dalam Bahasa Melayu. Pemergian Beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar untuk kita semua. Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah swt membalas jasa-jasa Beliau dan roh Beliau ditempatkan bersama-sama hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah.

more

Tuesday 20 June 2006

Perjumpaan Silaturrahim Asyraaf 2006

Alhamdulillah, selamat berjayanya malam majlis silaturrahim asyraaf 2006 di Kuala lumpur, Malaysia pada 17 Jun 2006 yang lalu. Kami pihak AJK dan Urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir pada malam tersebut. Segala kekurangan atau ketidakpuasan saudara/saudari pada malam tersebut, pihak kami memohon jutaan maaf dan jika ada kesilapan akan kami perbaiki kerana pihak kami masih baru dalam hal sebegini, berilah tunjuk ajar pada kami dengan niat yang ihklas.

Tidak lupa juga para dermawan atas sumbangan ikhlas mereka pada majlis tersebut yang telah banyak menjayakan program sulung ini yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia.

more